Kisah sifat Malu seorang perempuan dan kecerdikan Imam.
Masuk seorang perempuan kedalam Masjid semasa Imam Abu Hanifah Nukman sedang duduk dalam majlis kuliahnya dianatar hadapan murid2nya, maka menghampiri perempuan itu akan Imam maka mengeluar ia akan buah epal yang sebijinya merah dan yang satu lagi kuning maka meletak ia di hadapan imam pada... hal ia diam sahaja tidak berkata sepatah pun, maka mengambil akan buah tersebut oleh imam dan membelah ia jadi dua belahan, maka berdiri perempuan tersebut dan keluar pada hal tiada mengetahui oleh murid2nya apa kehendak perempuan tuh.
Maka bertanya mereka itu murid akan imam drpd hal demikian itu , maka berkata imam... Bahawa perempuan itu melihat darah haidnya satu ketika merah spt buah epal yang merah dan ketika yang datahnya kuning spt epal yang satu lagi, pertanyaannya mana satu darah haid dan mana satu yang suci, maka aku belah buah epal dan aku beri lihat akan dia warna isi epal itu dan aku kehendaki dengan demikian itu bahawa dia tidak suci sehingga dia melihat warna putih seumpama warna isi epal tersebut,
Maka bangkit ia dan keluar drpd masjid..
No comments:
Post a Comment