Monday, 30 July 2012

Reactivate Adobe Acrobat !!

In Windows XP, go to C:\Documents and Settings\All Users\Application Data\FLEXnet and delete the files.

Tazkirah Ramadhan 03


Kisah sifat Malu seorang perempuan dan kecerdikan Imam.


Masuk seorang perempuan kedalam Masjid semasa Imam Abu Hanifah Nukman sedang duduk dalam majlis kuliahnya dianatar hadapan murid2nya, maka menghampiri perempuan itu akan Imam maka mengeluar ia akan buah epal yang sebijinya merah dan yang satu lagi kuning maka meletak ia di hadapan imam pada... hal ia diam sahaja tidak berkata sepatah pun, maka mengambil akan buah tersebut oleh imam dan membelah ia jadi dua belahan, maka berdiri perempuan tersebut dan keluar pada hal tiada mengetahui oleh murid2nya apa kehendak perempuan tuh.
Maka bertanya mereka itu murid akan imam drpd hal demikian itu , maka berkata imam... Bahawa perempuan itu melihat darah haidnya satu ketika merah spt buah epal yang merah dan ketika yang datahnya kuning spt epal yang satu lagi, pertanyaannya mana satu darah haid dan mana satu yang suci, maka aku belah buah epal dan aku beri lihat akan dia warna isi epal itu dan aku kehendaki dengan demikian itu bahawa dia tidak suci sehingga dia melihat warna putih seumpama warna isi epal tersebut,
Maka bangkit ia dan keluar drpd masjid..

Wednesday, 25 July 2012

Tazkirah Ramadhan 02!!

Tazkirah Ramadhan 02.

Taqwa:

Imam Al Ghazali mentaarifkan dengan makna: melepaskan hati drpd perkara2 yang memudharatkan agama.
Dan taqwa senjata yang paling kuat untuk melawan Nafsu. Seperti mana kita maklum zikir senjata kuat untuk melawan Shaithan, maka senjata melawan nafsu iaitu Taqwa.

Dalam masa yang sama Allah memberikan kita 12 faedah dalam usha kita mendapatkan taqwa sebagai perangsang
...bagi memperolehinya.

1) mendapat kepujian dari Allah spt firman Allah:
وان تصبروا وتتقوا فان ذلك من عزم الامور
Dan jika engkau Sabar dan takut maka bahawa sanya yang demikian itu setengah drpd pekerjaan yang sangat penting.

2) di pelihara Allah drpd seteru spt firman Allah:
وان تصبروا وتتقوا لا يضركم كيدهم شيا
Dan jika engkau sabar dan bertaqwa nescaya tiada boleh memberi mudharat akan kamu oleh tipu daya mereka itu.

3) mendapat kekuatan dan pertolongan Allah spt firman Allah:
ان الله مع الذين اتقوا والذين هم محسنون
Bahawa sa Allah taala bersama dengan orang yang bertaqwa dan mereka yang selalu berbuat baik atas apa yang disuruh Allah.

4) pelepasan drpd kepayahan dan di beri rezki yang halal spt firman Allah taala.
ومن يتق الله يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث لا يحتسب
Barang siapa takut akan Allah nescaya dijadikan baginya kelepasan dan diberikan rezki yang tak di sangka2 banyaknya.

5) membaikan amalan spt firman Allah taala:
يايها الذين امنوا اتقوا الله وقولوا قولا سديدا يصلح لكم اعمالكم
Wahai segala orang yang beriman, bertaqwalah sekelian kamu akan Allah dan kata oleh mu akan perkataan yang betul nescaya di baiki Allah akan amalan kamu.

6) keampunan Allah drpd segala dosa spt firmannya:
ومن يتق الله يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث لا يحتسب ويغفر لكم ذنوبكم
Barang siapa takut akan Allah nescaya dijadikan baginya kelepasan dan diberikan rezki yang tak di sangka2 banyaknya dan di ampunkan sekelian dosa2 kamu.

7) mengasih Allah akan kita spt firmannya :
ان الله يحب المتقين
Bahawa sa Allah sangat kasih ia akan orang2 bertaqwa.

8) diterima Allah akan amalan kita spt firmannya:
انما يتقبل الله من المتقين
Sungguhnya menerima Allah akan amalan orang yang bertaqwa.

9) mendapat kemulian dan kebesaran dari Allah spt firmannya:
ان اكرامكم عند الله اتقاكم
Bahawa sa terlebih mulia drpd kalangan kamu itu disisi Allah ialah orang2 bertaqwa drpd kalangan kamu.

10) mendapat kesukaan tatkala hendak mati spt firmannya.
الذين امنوا وكانوا يتقون لهم البشرى فى الحياة الدنيا و فى الاخرة
Mereka2 yang beriman dan adalah mereka itu dulunya semasa di dunia iaitu orang bertaqwa, bagi mereka itu berita kegembiraan pada kehidupan dunia dan pada kehidupan di akhirat.

11) kelepasan drpd Api Neraka spt firmannya:
ثم ننجى الذين اتقوا
Kemudian kami sentosakan sekelian mereka yang bertaqwa.
وسيجنبها الاتقى
dan selagi akan kami jauhkan akan dia iaitu segala orang yang bertaqwa.

12) kekal dalam Syurga spt firman Allah :
اعدت للمتقين
Segala syurga itu di sediakan bagi orang bertaqwa.

Maka inilah sekelian kebajikan dan kebahgian di dalam dua Negeri yang di cita2kan dia oleh kekasih Allah.

Wallahuaalam.
Kitab Minhajul Abidin

Thursday, 19 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan 1433H Part1!!

Edit with PhotoScape

Hadis yang ke 15 drpd kitab Hadis 40 Imam al-Nawawi r.h

 الحديث الخامس عشر

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ، فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِر ، فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ ، وَمَنْ كَانَ  يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرفَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
  رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.


Drpd Abi Hurairah ra: drpd Nabi saw bersabda: barang siapa ada ia beriman dengan Allah dan Hari Akhir maka hendaklah berkata akan yang baik atau hendak ada ia diam, dan barang siapa adalah ia beriman dengan Allah dan Hari Akhir. Maka hendaklah memulia ia akan jirannya dan barang siapa adalah ia beriman dengan Allah dan Hari Akhir maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.
Telah meriwayatkan ini Hadis oleh Bukhari dan Muslim.


هَذَا الْحَدِيثُ خَرَّجَاهُ مِنْ طُرُقٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَفِي بَعْضِ أَلْفَاظِهَا : " فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ " وَفِي بَعْضِ أَلْفَاظِهَا : " فَلْيُحْسِنْ قِرَى ضَيْفِهِ " وَفِي بَعْضِهَا : " فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ " بَدَلَ ذِكْرِ الْجَارِ .


Ini Hadis telah mentakhrijkan dia oleh kedua Shaikh drpd beberapa jalan periwayatan drpd Abi Hurairah, dan pada setengah alfaznya " maka jangan disakitikan jirannya, " dan pada setengah alfaznya " maka hendaklah buat baik akan tetamunya, dan pada setengah alfaznya " maka hendaklah menghubungkan silah rahim" ganti lafaz jiran.

وَخَرَّجَاهُ أَيْضًا بِمَعْنَاهُ مِنْ حَدِيثِ أَبِي شُرَيْحٍ الْخُزَاعِيِّ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

dan telah mentakhrij keduanya juga dengan maknanya drpd hadis Abi Suraij al Khuzaei drpd Nabi saw.

وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ حَدِيثِ عَائِشَةَ وَابْنِ مَسْعُودٍ ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، وَأَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ وَابْنِ عَبَّاسٍ وَغَيْرِهِمْ مِنَ الصَّحَابَةِ . 
dan sesungguhnya diriwayatkan akan ini hadis drpd Nabi saw drpd Aieshah, dan ibni Masud dan Abdillah bin Amrin dan Abi Ayyub al Ansari dan ibni Abbas dan selain mereka itu drpd sahabat.
 
فَقَوْلُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ " فَلْيَفْعَلْ كَذَا وَكَذَا ، يَدُلُّ عَلَى أَنَّ هَذِهِ الْخِصَالَ مِنْ خِصَالِ الْإِيمَانِ ، وَقَدْ سَبَقَ أَنَّ الْأَعْمَالَ تَدْخُلُ فِي الْإِيمَانِ ، وَقَدْ فَسَّرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْإِيمَانَ بِالصَّبْرِ وَالسَّمَاحَةِ ، قَالَ الْحَسَنُ : الْمُرَادُ : الصَّبْرُ عَنِ الْمَعَاصِي ، وَالسَّمَاحَةُ بِالطَّاعَةِ .
 
  

maka sabda Nabi saw " barang siapa adalah ia beriman dengan Allah dan Hari Akhir, maka hendaklah berbuat ia begian begian, menunjukkan atas bahawa ini perkara setengah drpd beberapa perkara iman.
Dan bahawa terdahulu sebutan... Bahawa Amal itu masuk ia dalam perkara iman.
Dan bahawa telah mentafsir Nabi saw akan iman dengan sabar dan dengan berlebih kurang( maaf memaafkan).
Berkata al Hasan: yang dikehendaki iaitu sabar meninggalkan drpd maksiat dan beelebih kurang dengan taat.

وَأَعْمَالُ الْإِيمَانِ تَارَةً تَتَعَلَّقُ بِحُقُوقِ اللَّهِ ، كَأَدَاءِ الْوَاجِبَاتِ وَتَرْكِ الْمُحَرَّمَاتِ ، وَمِنْ ذَلِكَ قَوْلُ الْخَيْرِ ، وَالصَّمْتُ عَنْ غَيْرِهِ .  
dan sekelian amalan iman ada ketikanya bergantung dengan hak Allah seperti menunaikan kewajiban dan meninggalkan yang haram dan setengah drpd demikian itu juga iaitu berkata2 yang baik dan diam dari lainnya.
 وَتَارَةً تَتَعَلَّقُ بِحُقُوقِ عِبَادِهِ كَإِكْرَامِ الضَّيْفِ ، وَإِكْرَامِ الْجَارِ ، وَالْكَفِّ عَنْ أَذَاهُ ، فَهَذِهِ ثَلَاثَةُ أَشْيَاءَ يُؤْمَرُ بِهَا الْمُؤْمِنُ : أَحَدُهُمَا قَوْلُ الْخَيْرِ وَالصَّمْتُ عَمَّا سِوَاهُ ،
Dan ketikanya bergantung ia dengan hak ibadah seperti memuliakan Tetamu dan jiran dan menahan drpd menyakitinya maka ini tiga perkara disuruhkan dengan dia akan orang yang beriman yang salah satu drpd keduanya iaitu berkata baik dan diam drpd barang selainnya.


وَقَدْ رَوَى الطَّبَرَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ أَسْوَدَ بْنِ أَصْرَمَ الْمُحَارِبِيِّ ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَوْصِنِي ، قَالَ : " هَلْ تَمْلِكُ لِسَانَكَ ؟ " قُلْتُ : مَا أَمْلِكُ إِذَا لَمْ أَمْلِكْ لِسَانِي ؟ قَالَ : " فَهَلْ تَمْلِكُ يَدَكَ ؟ " قُلْتُ : فَمَا أَمْلِكُ إِذَا لَمْ أَمْلِكْ يَدِي ؟ قَالَ : " فَلَا تَقُلْ بِلِسَانِكَ إِلَّا مَعْرُوفًا ، وَلَا تَبْسُطْ يَدَكَ إِلَّا إِلَى خَيْرٍ " . [ ص: 334 ] وَقَدْ وَرَدَ أَنَّ اسْتِقَامَةَ اللِّسَانِ مِنْ خِصَالِ الْإِيمَانِ ، كَمَا فِي " الْمُسْنَدِ " عَنْ أَنَسٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَا يَسْتَقِيمُ إِيمَانُ عَبْدٍ حَتَّى يَسْتَقِيمَ قَلْبُهُ ، وَلَا يَسْتَقِيمُ قَلْبُهُ حَتَّى يَسْتَقِيمَ لِسَانُهُ .
   

Friday, 6 July 2012

قصيده صلا ة با اسلا م


Sedikit qasidah pada hari jumaat ini,...sepertinya Adm f berminat....


Shalawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai kekasih ku
Sebagai bukti keteguhan ku,wahai Nabi saw (kekasih ku)
Engkaulah sebenar2nya pemberi peringatan pada masa mu
Wahai kekasih ku,wahai Rasulullah saw yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaran
Tak lekang sholawat tercurah pada mu wahai pembawa kebenaran,laksana hembusan angin yang kencang.